Terima Kasih Brother Bob
Terima Kasih Brother Bob Yang pergi tetap pergi Yang hidup perlu bangkit menyusuri hari Alhamdulillah.. Walaupun lambat tiba, walaupun aku orang yang terakhir di kubur ptg khamis itu, Aku bersyukur aku dapat ziarah kubur arwah dalam keadaan tanah merah masih lembab dan lembik. Aku gagahkan diri jalan tanpa dipapah Terhenjut2 memijak tanah yang berlopak Langkah satu persatu.. Lambat dan tak kemas. Kaki aku berdenyut sakit.. Berlawan rasa.. Jantung aku berdegup laju, Hati aku rasa sakit, Jasad aku semakin lemah Bila tiba di bawah khemah... Allah...... Ini bukan mimpi Ini realiti Dia benar2 pergi Pergi yang tak kembali Ya, dia memang sekadar abg ipar Tiada ikatan yang begitu kukuh Tapi, Seusia aku dengan anak sulung nya.. Kami hanya beza 2 tahun Sesuap nasi untuk anaknya Sesuap juga untuk aku.. Sepasang baju baru untuk anaknya Sepasang juga untuk aku.. Itulah keadaan sehingga aku ke sekolah menengah Masa berganti masa.. Aku meningkat dewasa.. Persiapan sekolah digalas olehnya.. Aku mengha...