Terima Kasih Brother Bob


Terima Kasih Brother Bob


Yang pergi tetap pergi
Yang hidup perlu bangkit menyusuri hari
Alhamdulillah..
Walaupun lambat tiba,
walaupun aku orang yang terakhir di kubur ptg khamis itu,
Aku bersyukur aku dapat ziarah kubur arwah dalam keadaan tanah merah masih lembab dan lembik.

Aku gagahkan diri jalan tanpa dipapah
Terhenjut2 memijak tanah yang berlopak
Langkah satu persatu..
Lambat dan tak kemas.
Kaki aku berdenyut sakit..
Berlawan rasa..

Jantung aku berdegup laju,
Hati aku rasa sakit,
Jasad aku semakin lemah
Bila tiba di bawah khemah...
Allah......

Ini bukan mimpi
Ini realiti
Dia benar2 pergi
Pergi yang tak kembali

Ya, dia memang sekadar abg ipar
Tiada ikatan yang begitu kukuh
Tapi,
Seusia aku dengan anak sulung nya..
Kami hanya beza 2 tahun
Sesuap nasi untuk anaknya
Sesuap juga untuk aku..
Sepasang baju baru untuk anaknya
Sepasang juga untuk aku..
Itulah keadaan sehingga aku ke sekolah menengah

Masa berganti masa..
Aku meningkat dewasa..
Persiapan sekolah digalas olehnya..
Aku menghabiskan waktu hampir setahun
Menumpang dirumahnya...
Kerana keakraban aku dan anaknya..

Allah...
Aku masih di depan tanah merah..
Dia di bawah kaku
Aku di atas masih mencari kekuatan untuk berkata2..
Untuk mulakan bicara..
Untuk membaca yassin yang telah aku buka..

Tahun 1997
Tahun kami sekeluarga berdukacita
Abah pergi kerana sampai masanya.
Yuran asrama aku tertangguh bayarannya..
Aku tidak tahu dari mana dan bagaimana
Untuk aku langsaikan hutang dunia..

Hari ini
Tersingkap rahsia
Terbayang seketika
Susuk tubuh yang berjalan ke parkir kereta
Asrama Yayasan Selangor Klang
Dia lah orangnya
Yang memadam kusut dijiwa
Langsai sudah semuanya..
Tanpa kata, tanpa nota
Anak yatim ini
Disara lagi sekian kalinya..

Tidak pernah aku tanya
Dan tidak pernah sesiapa tahu
Tapi hari ini aku ingin berkongsi
Betapa mulianya dia di hati aku

Hari dah semakin mendung...
Gerimis petang itu
Tak setanding airmata aku yang mengalir tanpa henti sejak minggu lalu.
Bila kami tahu
Dia di hospital
Hanya menunggu waktu
Bismillahirrahmanirrahim...
Yassin...
Serta merta Gerimis menjadi lebat
Aku terhenti pada 1 ayat.
Aku tak kuat.
Tubuh menggigil menahan tangis

Allah..
Hebat
dia ini Ya Allah...
Dia memberi tanpa meminta ganti Ya Allah..
Wang saku sekolah,
Persiapan baju aku menyambut raya,
Duit buat anak-anak aku..
Sehinggakan anak empat aku masih diberi duit raya..
Ya aku...

Terlalu banyak kebaikannya pada aku
Terlalu banyak jasanya pada aku
Tak tertulis satu persatu

Aku gagahkan diri
Kuatkan hati
Menghabiskan yassin yang tertunda
Akan aku pastikan itu bukan yassin aku yang terakhir untuk nya
Selagi aku bernafas..

Ya Allah.
Kau rahmatilah dia
Kau ampun kan dosanya
Kau tempatkan dia di kalangan para solihin
Kerana dia insan
hebat
Yang buat kebajikan tanpa berbicara

Aku belajar banyak perkara Ya Allah..
Terima kasih kerana aku diberi kesempatan ini Ya Allah...
Aku ingin jadi manusia
Yang bila perginya aku
Orang masih menyebut2 tentang kebaikan aku
Orang masih mengungkit2 tentang kebajikan aku

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن
Al Fatihah
Brother Bob
Haji Abas bin Haji Saripin (8 October 2020)
Akan orang balas jasa brother bob
Dengan sedekah yang termampu...



cdt Pic : Noormala Mohd Hashim

Amie Hashim
Shah Alam
10 October 2020

Comments