AKU DAN UNCLE NEWSPAPER


1990 Taman Ehsan, Kepong
Pagi tu, aku kayuh basikal dalam keadaan kaki sampai dan tidak. Tong nasi lemak aku tenggekkan di atas bakul basikal di hadapan. Jenuh aku lilit menggunakan tali getah supaya teguh sedikit kedudukan tong itu. Kalau jatuh ni, mungkin aku hilang tempat berteduh malam ni.Mak aku garang orangnya. Tak bersuara pun dah menggerunkan. Jegih biji mata, aku dah ketar lutut. Sebaiknya, jangan buat dia marah. Walaupun bukan kau penyebabnya, kau pasti akan kena tempias. Peristiwa 3 bulan lalu pun, dia akan masukkan sekali dalam bebelannya... Ah, rindu nak dengar mak membebel.

Jarak dari tempat mak berniaga dengan rumah agak jauh. Kalau nak dikira kilometer mungkin dalam 2km. Jenuh juga aku mengayuh dalam keadaan aku yang tak berapa nak tinggi .
Sesampai di gerai Nasi Lemak mak, aku tolong setup apa yang patut. Aku gunakan kerusi plastik warna merah mak untuk memudahkan kerja. Sebab, kalau aku tak guna kerusi, orang hanya akan nampak kepala aku aje. Tinggi gerai mak, selaras bahu aku.. Kemetot benar masa tu...
Tapi, itu bukan penghalang. Aku diberi tugas berat pagi tu. Mak terpaksa ke pasar. Stok timun habis. Walaupun aku ni kuat gamble dalam hidup, tapi mak aku master segala gamble. Dia memang yakin tahap dewa aku boleh jaga gerai sementara dia nak ke pasar. Aku pun, tak berani kata tidak.Ikut je arahan.
Untuk pengetahuan korang, gerai mak aku ni, betul2 kat simpang 4 jalan besar. Memang jadi tumpuan orang. Harapan supaya takde customer tu nipis sangat. Bayang mak aku boleh nampak lagi, dah ada customer datang. Kalau nasi lemak biasa, mudah sangat.50 sen je. Ni minta ayam rendang, lauk sotong nasi lebih sambal lebih. Kertas bungkus tu bukannya lebar sangat. Masa ni la uncle surat khabar datang. Dia ni ada masalah pendengaran. Aku tak berapa ingat dia boleh bercakap atau tidak. Tapi, yang aku tak kan lupa.. Dia minta customer beratur dan bersabar. Lepas aku bungkus, dia masuk dalam plastik. Aku bagi harga dia tolong kira. Aku mana pandai sangat mengira. Masa tu sifir pun ingat ingat lupa. Tapi, aku
hebat
meletakkan nilai pada semua nasi lemak yang aku bungkus tu. Hehehe . Selebihnya, uncle surat khabar memainkan peranan.
Korang mesti nak tau macam mana aku tau harga lauk2 tu kan? Senang je. Setiap kali aku pau nasi lemak mak aku, bila nak pau lauk je, mak aku mesti cakap.. "ha, ayam besar tu 2 ringgit.. Sotong tu seringgit setengah". So, kau makan jela nasi lemak biasa. Lauk tu bila tak habis nanti kau punya. Dulu, aku ingat mak aku kedekut.Tapi,aku faham sekarang. Semua tu modal. Bukan senang mak aku nak cukupkan belanja kami masa tu. Dia sangat berjimat. Satu tabung 20sen.satu tabung 50 sen. Belajar sampai darjah 6.Tapi aku salute cara dia manage bisnes dia. You rawks mak!!!
Berbalik pada cerita.. Mak aku pulang dari pasar bukan sahaja timun yang dia beli. Penuh bakul basikal. Kiri kanan handle pun ada plastik merah dan oren. Kata mak, alang2 aku dah ke pasar. Dia tak tahu aku dah rasa malang pagi tu. . Sesampai je, dia terus buka tong nasi.
"Eh, dah tinggal sikit. Aku masak 10 pot arini.Kau betul2 jual ke Mie? "
Uncle surat khabar menghampiri mak. Dia tunjuk thumbs up. Sambil sengeh.
Muka mak aku pun kemain. Tengok dalam tupperware duit. Banyak merah dari biru. Dia pun, ajak kemas nak balik.
"Eh, mak.. Nasi ada sikit lagi ni."celah aku.
" takpe, arini kau makan nasi rendang ayam sebelum pergi sekolah. "
Nasi Lemak Rendang Ayam okayh..bukan calang2 offer mak aku tu. Nikmat dia dah rasa kat tekak. Walaupun tak masuk lagi dalam mulut.
Itulah cerita bermulanya aku berniaga nasi lemak bersama" cashier" bidan terjun aku. Uncle Surat Khabar.
Tiba2 harini aku rindu zaman aku bersusah payah dengan mak. Laptop ada, handphone ada, tapi aku pening lagi nak balancekan account. Mak aku pakai congak2 je.. Conteng hujung surat khabar yang dia beli dari Uncle. Siap kira2 bisnes dia.
Rindu mak....
Ok...
Sekian, kisah aku...
Amie Hashim
29 October 2020
Gambar Sumber Google 2020
Kuning Gerai Mak
Hijau Uncle Surat Khabar
Biru Uncle Yu Yu Ice
(Dia femes aku kena mention )
Dlu belakang tu baru nak bina kedai...










Comments