TUPPERWARE HIJAU PERTAMA AKU

 1990 SK Taman Ehsan, Kepong

Aku toleh keluar jendela tingkap nako 3 panel kelas 2B. Jelas kelihatan langit mendung hitam...Aku tunduk melihat kasut sekolah yang baru aku kapur pagi tadi. Aku mengeluh berat. Ini sahaja kasut sekolah yang aku ada. Kalau hujan lebat petang ini, aku perlu berebut ruang letak kasut dibelakang peti ais. Aku tahu, walau bagaimana tangkasnya aku memanjat kabinet dapur mak,Jaja pasti akan mengalih kasut aku. Sedar-sedar esok pagi kasut aku masih lembab. Bukan sekali dua, sudah acapkali.Bertegang urat dengan Jaja tidak menjanjikan kemenangan akan berpihak pada aku.
Loceng sekolah berbunyi.
Lamunan aku terhenti disitu.
Masing-masing sibuk mengemas beg. Ada yang gigih mengangkat kerusi dan diletakkan di atas meja. Selesai ucap terima kasih, semua murid berlari keluar. Dalam waktu begini,di sepanjang koridor kelas kau tiada pilihan.Kau tak boleh berhenti atau melawan arus.Kau perlu jalan ke satu arah. Iaitu pagar sekolah. Tak sangka, dari sekolah rendah kami dah di latih untuk "bertawaf" .
Hujan lebat menggila petang itu. Air hujan dah memenuhi ruang longkang kecil sepanjang koridor. Tiba2, ada seorang budak melawan arus. Aku tak pasti kenapa. Tapi yang aku pasti, budak itu dah menjadikan hari aku lebih gelap dari langit. . Dalam dia "berenang" melawan arus, dia terlanggar tangan aku yang sedang memegang botol air tupperware hijau. Mak baru belikan minggu lepas.Ada 4 warna semuanya. Aku hijau, Jaja oren dan Nina purple. Lagi satu, aku tak ingat. Pertama sebab tupperware mak banyak. Aku tak boleh nak recall. Kedua sebab tak penting, yang penting pesanan mak masa dia buat urusan tukar milik.
"Ingat ye, ini tupperware tau! Jaga elok-elok. Hilang kalau..... Siap korang!".
Perghhh... Mata mak tu... Serammmm
Ah, aku susah hati.Aku nekad. Aku ikut sama melawan arus. Dengan beg sekolah yang berat, aku cuba juga untuk berlari. Botol air hijau itu disepak oleh sahabat² yang ghairah berlari untuk pulang. Aku dapat lihat botol air" amanah" mak berenang didalam longkang. Air deras. Aku hanya dapat melihat "dia" dibawa arus terus menuju ke longkang besar tepi kawasan sekolah. Agak lama aku memandang kosong disitu. Mencari2 alasan yang
terbaik
. Aku pasrah.
Langkah aku atur perlahan. Seolah-olah separuh jiwa aku pergi.Sesampai di kantin sekolah, Aku buka kasut dan stokin. Aku simpan di dalam plastik yang aku selitkan ditepi poket beg. Aku ikat kuat. Supaya air hujan tak kan dapat membasahkan kasut aku petang itu.Aku berjalan keluar dari kawasan sekolah. Aku Seronok. Seronok berkaki ayam meredah air hujan setinggi buku lali. Bermain air kotor di lopak. Memang sengaja aku redah. Hilang sebentar resah dihati.
Tiba di depan pagar rumah.Aku merenung tingkat atas. Aku terlihat lampu bilik mak terpasang. "Hmmm mak dekat atas.."
Aku buka perlahan engsel pagar. Agar tak berbunyi. Macam pencuri gaya aku. Aku tak nak mak tau aku dah balik. Aku belum bersedia nak dengar leteran mak. Kalau boleh aku tak mahu. .
Aku kuak pintu papan perlahan. Aku hulurkan kepala dahulu.
"Line Clear. Takde orang...Yes!!!"
Aku terus ke dapur. Beg sekolah aku sorokkan di bilik belakang. Aku capai tuala mandi dan terus hilang di sebalik pintu bilik air.
SELAMAT!
Gambar Sumber Google
Kami punya lebih light sikit warnanya..
And maybe lebih tinggi.





Comments