10 Ogos 2021
Telefon di tangan bergetar
Aku memandang skrin
Nama Abg Fozi tertera.
Abang ipar aku,suami Lela kakak aku di Shah Alam.
Sudah agak lama kami tidak berhubung.
Seingat aku kali terakhir awal tahun ini.
"Hello...ya Abang Fozi.."
"Mi,mak dah takde.Kita orang tengah tunggu ambulans datang ni..Abang Fozi baru call kau je ni."laju abang Fozi menutur kata.
Jeda.
"Mi, Abang Fozi nak tanya pasal khairat kematian Mak.Mi..Mi..." suaranya cemas dihujung talian.
Aku cuba kembali ke alam nyata.
Aku cuba kuat menerima hakikat.
"Ami,kau dah jangka benda ni.Kau tau satu hari mak akan pergi.Kau dah beritahu diri kau.Kau kena kuat!." aku bermonolog.
"Ya abg Fozi.Orang balik sekarang.Nanti orang uruskan.Abang Fozi tunggu orang ye..." suara aku bergetar menahan tangis.
"Mi,aku nak settlekan cepat.Aku tak janji boleh tunggu.Aku nak pergi buat 'report' ni.Nanti apa-apa Abang Fozi call kau balik ok?." talian di matikan.
Aku berjalan dari ruang dapur ke bilik.
Pintu bilik aku rapatkan.
Aku melutut di balik pintu.
Separuh bersujud.
Seluruh tubuh bergetar.
Menahan tangis.
Airmata tumpah.
Esakan mula kedengaran.
"Mummy,kenapa nangis?" Ammar menghulurkan tangan di celah pintu.
"Mummy ok?" soal Nawra pula.
Seboleh-boleh ingin masuk.
Aku tahan daun pintu dengan tangan kiri dan beri isyarat untuk mereka pergi.
"Yang,you ok?" giliran Mizi pula bertanyakan keadaan aku.
Aku diam.
Cuba berfikir dengan waras ketika ini.
Selepas menarik nafas beberapa kali.
Aku bangkit.
Keluar dari bilik.
Aku dapatkan Mizi.
Lama aku berada dalam pelukan Mizi.
"Mak dah takde.Mak dah tinggalkan I.I dah takde Mak."dalam tangis aku meluahkan.
"Jom siap kita pergi balai polis dulu.".Mizi mulakan bicara.
"Surat takde lagi.Macam mana?"aku risau.
"Ermm..kita cuba pergi sementara tunggu surat dari Abang Fozi." balas aku bersemangat.
~~~~~~~~~~
Di Balai Polis Beserah
Beberapa orang sedang beratur.
Masing-masing memegang borang.
Aku hanya membawa diri.
Hati berdebar.
Aku memohon pada Allah permudahkanlah urusan aku hari ini.
Aku minta izin untuk memotong barisan.
Aku ingin dapatkan borang bagi tujuan merentas negeri.
"Assalamualaikum puan, boleh saya dapatkan borang merentas negeri? soal aku.
"Untuk apa nak merentas negeri?.soal pegawai wanita itu dengan nada tegas.
"Ibu saya baru meninggal puan.Saya nak balik ke Shah Alam".jawab aku takut-takut.
"Ibu betul ya? Ibu kandung?"soal pegawai wanita itu kembali.
"Ya puan.ibu saya sendiri." jawab aku dalam tangisan.
"Mari sini puan.Duduk sini.Isi borang.Tarik kerusi rapat ke meja".pelawa pegawai di sebelahnya.
Lama aku tenung borang itu.
Minda aku kosong.
"Boleh isi tak?Ada pen?" Soal pegawai polis itu lagi setelah melihat aku kaku merenung borang.
"Err..boleh tiada.Maksud saya boleh isi tapi saya tiada pen." jawab aku sedikit gagap.
Pegawai polis itu menghulurkan pen hitam.
Tangan terketar-ketar menulis.
"Puan, saya masih belum dapat surat polis.Saya hanya ada surat tidak rasmi dari MA.Macam mana ya?" soal aku dengan penuh harapan.
"Ok.Dah boleh balik.Bawa je surat ini." pegawai itu memberi borang yang telah di cop pada aku dengan senyuman.
Allah...
Terima kasih Allah kau permudahkan urusan aku disini.
Sampai di rumah,
Aku berlari keluar dari kereta ke rumah jiran.
Aku minta dia untuk tengok-tengokkan anak-anak aku sepanjang peninggalan aku ke Shah Alam.
Mujur jiran-jiran aku disini saling membantu.
Dalam keadaan wabak sebegini, aku ketepikan hasrat aku untuk bawa anak-anak "berjumpa" Mak buat kali terakhir.
Aku pasti, banyak perkara yang perlu aku uruskan.
Aku juga yakin, mereka selamat dan selesa dirumah.
Allah akan jaga mereka.
Shah Alam
830pm
Aku tiba di perkarangan rumah Lela.
Perlahan aku mengatur langkah.
"Aunty Mi seorang je ke?" soal anak saudara ku Adan.
"Tak.dengan uncle.Budak-budak tak ikut.Ino jaga".sambil jari menunding ke arah Mizi yang sedang menutup pintu kereta dan berjalan ke arah aku.
"Aunty dengan uncle buat test dulu lepas tu masuk ya.Mama ada dekat dalam.Baba pergi masjid" terang Yaya anak perempuan Lela.
Selesai urusan kami diluar rumah.
Aku berjalan menuju pintu masuk.
Debaran yang sama ketika aku pulang dari asrama selepas mendapat berita Abah telah tiada 24 tahun lepas.
Terasa sesak nafas aku ketika ini.
"Assalamualaikum...." aku beri salam sebaik sahaja kaki kanan menjejak ruang tamu.
"Waalaikumussalam... masuk.." Lela jawab salam sambil tersenyum dan menjeling pada sekujur tubuh kaku di tengah rumah.
"Orang solat Isyak dulu ya.Baru orang tengok..." balas aku terus menuju ke bilik air.
Lela mengangguk.
Tunduk.
Aku melirik kearah Mizi.
Aku beri isyarat untuk solat dahulu.
Usai solat.
Aku menyusun langkah perlahan duduk disisi jenazah Mak.
Aku buka surah Yassin.
Separuh yassin dibaca,
Penglihatan aku kabur.
Airmata turun tanpa dapat aku kawal.
Berkali-kali aku menyeka.
Tetap ianya memenuhi ruang mata.
Aku gagahkan juga.
Untuk menghabiskan bacaan.
Tangan kiri aku letakkan pada kaki kiri Mak.
Kaku.
Sejuk.
Aku mengesot sedikit ke kanan.
Aku ingat lihat wajah terakhir Mak.
Wajah yang telah ditutup sehelai kain kasa putih.
Perlahan-lahan kain itu aku selak ke kanan.
Seribu satu rasa ketika ini.
Wajah tua cengkung seolah-olah sedang tidur itu aku amati.
"Mak, orang datang ni tengok Mak.." bisik aku.
"Mak jangan risau tau..orang ada ni..orang temankan Mak ya.." sambung aku dengan linangan air mata.
~TBC

Comments
Post a Comment