2000
"Kau pergi mana...result keluar pukul 10 pagi pukul 6 petang baru sampai rumah?" jeritan mak boleh dengar seluruh Taman Sri Buloh.
Mak duduk di pintu dapur membelakangkan aku sambil sambung bebelan yang panjang tapi agak kurang jelas.
"Lepas ambil result tadi, kawan-kawan ajak pergi celebrate mak..." jawab aku lambat lambat.
"Nak celebrate apa lah kau tu!"..tetap sibuk membasuh kuali tanpa sedikit pun menoleh.
"Mak rasa orang dapat berapa?"aku menduga.
"Haish,takde kuasa aku nak teka-teka la heh..kau dapat ape pun..kau yang dapat.." makin kuat menenyeh kuali.
Mau kalau silap cakap dengan aku aku sekali kena tenyeh ni.
Seram.
"Mak,orang dapat pangkat 2 je mak..." balas aku dengan nada sedih
"Aku dah agak dah..buat matematik depan tv.
Baca buku dengan radio.
Sumbat telinga.
Aku cakap kau bukan nak dengar.
Sekarang ni kau tengoklah.
Kau tengok result kau tu.." nada suara mak dah bertukar.
Marah dalam kecewa.
Aku tak sampai hati nak bermain-main lagi.
Sebab aku tahu, aku lah harapan terakhir mak.
Sebab aku anak bongsu.
Anak mak yang terakhir ambil SPM.
"Eh mak...mak percaya??Orang dapat pangkat 1 lah mak...Aiyooo...kalau dapat pangkat 2 pukul 11 tadi dah sampai rumah.
Layan kecewa tau!!!".
Mak terus bangun.Dan dan tu siap basuh kuali.
"Ha...aku dah agak dah..memang kau dapat pangkat 1.Dah aku nak mandi".
Krik krik..
Kening aku berkerut
Mata aku menurut susuk tubuh mak ke bilik air.
"Sudahlah mak...mak memang bajet orang macam tak dapat 1 kan mak?kan,kan??Kita jangan malu mengaku salah mak!"jerit aku sambil berdiri menghadap pintu bilik air.
Sepi.
"Mak ooo mak..dengar tak?Mak cover malu ke tu?"
Aku tersengeh.
Suka mengusik mak begitu.
"Kau pergi mandilah jangan kacau aku."
"Aikk dah salah nak marah.." balas aku.
"Kau pergi naik mandi sebelum aku pelangkung kau dengan gayung ni.."
Pintu bilik air sedikit terbuka.
Gayung biru nak dihayunkan.
Aku terus buka langkah panjang.
Lari sebelum kena gayung terbang.
Terkekek-kekek aku sambil meniti anak tangga.
Aku tersenyum puas.
1 lagi harapan mak aku tunaikan.
Next~ Mak nak aku masuk universiti.
Misi mencapai impian mak diteruskan.
Amie Hashim
12 Ogos 2021
Comments
Post a Comment