2004
"Mak,konvo orang bulan 4 ni..16hb tau!Mak datang yek?"aku tunggu respon dari mak.
"Aku tak boleh pergilah Mi.Lela pun konvo juga.Aunty Normah kau pun pergi juga.Takkan aku tak pergi." balas Mak.
Sedih.
Aku menahan air mata dari tumpah.
"Oh ye ke? Bila mak nak pergi sana?" soal aku menahan rasa.
"Ni buat passport semua.Dah siap nanti tunggu Lela beli tiket je aku ni".jawab mak selamba.
Jelas keterujaan mak.
Antara menghadiri majlis graduasi anak di Shah Alam dengan United Kingdom, pastinya ke luar negara.
Peluang yang tidak pasti akan hadir lagi.
Aku pujuk hati.
Ini bukan pertama kali.
Bukan juga kedua kali.
Aku sudah lali.
"Amboi,bukan main suka nak pergi konvo anak kat oversea ye mak ye.Tak pandang kita ni dah." saja aku usik mak begitu.
"Bukan Mi.Aku nak terangkan macam mana ya?Hmmmm...."..
"Eh,takpelah mak.Nanti orang konvo degree mak datanglah.Ni baru diploma." pintas aku.
Jelas wajah bersalah mak.
Aku turut rasa bersalah biarkan mak begitu.
"Ha? Kau nak sambung degree?Bila?Mana nak dapat duit belajar tu?" soal mak bertubi-tubi.
"Orang dah mohon dah mak.Kalau ada rezeki lepas konvo ni daftar.Buat part time je Mak.1 semester dalam RM1500 kena ada."jawab aku tanpa memandang wajah mak.
"Aku takde duit Mi nak bagi kau sambung belajar.Nanti macam mana kalau tak cukup?".soal mak dalam nada risau.
"Alah mak ni.Tak cukup duit tak payah lah belajar.Mak doakan lah orang.Hari-hari tau mak doakan.Orang murah rezeki boleh habis belajar.Orang teringin nak ada degree.Tu je." jawab aku panjang lebar.
Dada mula sesak ketika ini.
Aku buat permohonan tanpa fikir panjang.
Aku tiada simpanan langsung.
Gaji aku hanya RM1200.
Belum tolak sewa rumah, api air dan belanja makan.
Keputusan berani mati.
********************
Oct 2011
"Mak, siap mental dan fizikal tau!Orang sidang petang.Mak duduk tengok je ok?" terang aku.
"Haish, bosan aku!Mizi tak boleh teman aku ke?" soal mak.
"Tak boleh mak.Bino tak boleh masuk.Diorang kena duduk luar.Takpelah.Ini last mak.Takde dah anak mak nak sambung study.Kalau ada orang je..." balas aku diakhiri dengan sebuah tawa yang dibuat-buat.
"Anak nak masuk dua kau nak belajar apa lagi?Takde dah aku nak datang konvo kau orang.Malas aku".jawab mak sambil berpeluk tubuh.
"Ok Mak.Nanti dia kata boleh masuk.Mak masuk ya.Orang nak beratur dah ni".aku beredar.
Terkedek-kedek mengatur langkah.
Perut tidak kelihatan.
Tersorok disebalik jubah.
Usia kandungan sudah menjangkau 8 bulan lebih.
Cukup menyiksakan.
Namun,semuanya terbalas hari ini.
Alhamdulillah.
Ketika aku berada diatas pentas menunggu giliran,
Aku dapat lihat sayup susuk tubuh mak tekun memberi tumpuan.
Sabar menanti nama aku tertera di layar skrin utama dewan.
Akhirnya...
Inilah satu-satunya majlis meraikan "kejayaan" aku yang mak berjaya menghadirkan diri.
Terima kasih Mak
Amie Hashim
15 Ogos 2021


Comments
Post a Comment