2005
"Mak,orang nak bertunang..tapi,bajet takde." luah aku sambil tersengih.
"Tak payah bertunang..kahwin terus..nikah je."balas mak bersahaja
"Eh,mana boleh..kena tunang.Wajib!Mak tolong orang boleh?".soal aku mengharap.
"Tolong apa?duit aku takde.Kau jangan macam-macam.".jawab mak sambil matanya bulat memandang aku.
"Kita jual kuih raya tahun ni.Mak ajarlah orang.Untung nanti orang buatla belanja kenduri.Amacam mak?bijak tak orang?".aku tersengih lagi mengharap persetujuan mak.
"Mana kau nak dapat modal? Kau ingat sikit-sikit duit ke?".tegas mak.
"Hehehe,orang pinjamlah Mizi.Siapa suruh nak bertunang dengan orang? Kan mak kan?".jawab aku sambil mengangkat kening beberapa kali.
"Pandaila kau tu...belum kahwin dah pinjam-pinjam.Esok dah kahwin...
"Esok dah kahwin pun pinjam juga lah mak..dah,nak tolong ke nak bebel ni?".pintas aku.
"Ye...kau beli barang.Aku bagitau je.Aku tak larat nak kesana kemari."balas mak tanda setuju.
"Orait.Kancil buruk orang tu setia berkhidmat.Mak jangan risau."jawab aku sambil memandang kancil biru 850ex yang aku beli second hand tahun lepas.
"Ye...aku takut tayar dia tertinggal masa kau balik nanti..." balas mak disudahi dengan ketawa besar.
Aku pandang mak tepat.
Suka sangat mak kalau berbicara tentang kereta Kancil aku nan satu itu.
Pengalaman dia menaiki kancil aku bergegar enjin sudah cukup memberi tanggapan sebegitu.
"Mak,mak tunggu.Nanti orang beli Honda Jazz.Masa tu mak naik duduk sebelah tanpa keraguan".aku balas penuh keyakinan.
"Eleh,aku nak tengok.Kau sudahkan dulu kuih raya ni.Baru cerita pasal lain.Modal meniaga pun pinjam orang."perli Mak.
Tahun yang sama aku jual dua jenis kuih raya sahaja.
Almond London dan Tart Nenas.
Itulah kuih raya kegemaran aku.
100% hasil keuntungan digunakan untuk majlis pertunangan.
Modal telah aku kembalikan pada Mizi sebelum majlis berlangsung.
Mak masak sendiri lauk pauk untuk majlis aku.
Hati berbunga-bunga kerana mak sanggup bersusah payah.
Tapi,kami tiada gambar bersama.
Hanya kenangan yang masih utuh sehingga ke saat ini.
Terima kasih Mak
Amie Hashim
16 Ogos 2021

Comments
Post a Comment