Jan 2006
"Eh Mi,ni dah bulan 1..apa lagi yang tak siap?Aku tengok kau relax je,macam tak nak kahwin."soal mak sambil matanya tekun melihat aku melipat baju yang baru diangkat dari ampaian.
"Eh mak ni,apa yang tak nak kahwin pula?Nak.....tengah buat apa yang patutlah ni.Sikit je lagi.Nak siapkan goodies je.Hantaran pun dah nak siap."jawab aku tanpa memandang mak.Laju tangan memasukkan baju-baju yang siap dilipat ke dalam beg untuk pulang ke Shah Alam petang itu.
"Lauk kenduri,kad jemputan,bilik pengantin semua tu macam mana?Cukup tak duit kau simpan?"soal mak.Terpancar jelas kerisauan di wajah mak.
"Dah mak.Orang tempah katering je.Kad pun dah siap.Nanti orang bagi sikit kat Mak ye.Errr..bilik pengantin takde.Kita buat majlis kat dewan je.Jimat dan ringkas.Duit tak simpan pun mak.Pakai je duit hantaran tu."jawab aku tersengih menampakkan barisan gigi atas dan bawah.
"Habis,aku nak buat apa ni? Ada tak kau nak aku tolong?".soal mak bersungguh.
"Ada lah.Mak tolong datang ye.Nanti baju mak orang ambil dekat tailor.Jangan hari orang kahwin Mak nak balik Singapore pula!".perli aku.
"Haish,kau ni.Jadi aku ni datang sahajalah nanti.Tak payah bawa apa-apa?Kau betul-betul lah Mi." mak mula gelisah.
"Ye mak.datang macam tetamu.Mak tak payah fikir apa-apa.Ini kenduri terakhir yang Mak tak perlu bersusah payah.Semua orang dah uruskan".jawab aku tersenyum melihat mak serba salah begitu.
"Baju apa kau buatkan aku.Gaun kembang ke? Lain aku tak mahu tau!".jawab Mak sambil memuncungkan mulutnya.
"Amboi demand pula.Siapa yang nak kahwin ni?Pengantin pun pakai baju kurung biasa je Mak oii..Jangan cuba-cuba nak overshadow ye.."balas aku sambil membesarkan biji mata kepada Mak.
"Hey,kalau nak minta tau!Aku kasi la"balas mak sambil bercekak pinggang.
"Ah,mula dah dialog Mak Eton dia...kasi,kasi.Mak,kasi tu maksud dia lain tau.Jangan salah guna nanti...
"Eh suka hati aku lah.Aku orang ada ada..."pintas mak disusuli dengan deraian ketawa kami anak beranak.
Begitulah Mak.
Masih terbawa-bawa kisah zaman mudanya.
Dilahirkan di Johor,membesar sekejap di Singapura.
Aku sering disajikan dengan pengalaman Mak bertemu P Ramlee,Saadiah,Saloma,Mariani dan beberapa nama lagi.
Mac 2006
Urusan pernikahan di "Masjid Unta" Seksyen 18, Shah Alam pada pukul 10 pagi, diikuti dengan majlis persandingan di Dewan MBSA Seksyen 18 pada pukul 2pm.
Kurang 10 jam, majlis selesai.
Masih segar di kotak memori aku wajah mak yang lega tatkala anak bongsunya beralih hak pada si suami.
Seolah-olah terlepas satu beban di bahu mak.
Walaupun, aku tahu menjaga diri dan mak pun tahu aku boleh menjaga diri...
Ikatan perkahwinan sahaja yang memberi jaminan pada Mak bahawa tugas Mak sudah selesai disitu.
Terima kasih Mak

Comments
Post a Comment