May 2018

Aku terima panggilan telefon dari mak.
"Mi,aku nak bagitau ni.Aku nak pergi umrah.InsyaAllah dalam bulan Oktober atau November ni.."
Aku teruja.
"Mak, kalau mak nak pergi umrah orang nak ikut,tapi duit takde tapi nak ikut.." aku balas sambil tersengih dihujung talian.
"Hish kau ni.Takde duit nak pergi macam mana?"sergah mak.
"Nanti lah..tunggu rezeki turun dari langit ketujuh..tapi nak ikut tau mak.Boleh tolong tolak wheelchair mak laju-laju." aku melawak.
" Aku ingat nak pergi haji Mi.Tapi,aku takut tak larat.Kau taulah aku nak berjalan pun payah.."jawab mak sayu.
"Takpelah mak.Umrah pun takpe.Janji mak dapat jejak ke Tanah Suci.Kan mak kan?" pujuk aku.
" Tulah.aku pun fikir macam tu.." balas mak sedikit ceria.
Jan 2019
Mak pergi menunaikan umrah ditemani Jaja(anak mak).
Perancangan untuk pergi bersama aku pada
Feb 2019 terpaksa di batalkan kerana beberapa perkara.
Sedih,kecewa dan pilu saling menghantui.
Tapi, Allah sebaik perancang dan Dia berhak menentukan.
May 2021
Aku didatangkan ilham.
Aku berazam nak tunaikan impian mak.
Aku buatkan badal haji(uzur sharie) untuk mak.
"Mak, orang buatkan haji mak tau tahun ni.Mak jangan risau ok?" suara aku bergetar menahan tangis.
Kami hanya dapat video call sahaja.
Aku dapat lihat mak tersenyum pahit.
**********
Inilah hadiah istimewa terakhir dari aku untuk mak semasa hayatnya.
Semoga Allah ampunkan dosa mak.
Terima segala amal ibadat mak.
Tempatkan mak dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Al~Fatihah
Hajah Maimunah binti Ahmad
Dalam kenangan





Comments