Posts

Showing posts from November, 2020

TUPPERWARE HIJAU PERTAMA AKU

Image
  1990 SK Taman Ehsan, Kepong Aku toleh keluar jendela tingkap nako 3 panel kelas 2B. Jelas kelihatan langit mendung hitam...Aku tunduk melihat kasut sekolah yang baru aku kapur pagi tadi. Aku mengeluh berat. Ini sahaja kasut sekolah yang aku ada. Kalau hujan lebat petang ini, aku perlu berebut ruang letak kasut dibelakang peti ais. Aku tahu, walau bagaimana tangkasnya aku memanjat kabinet dapur mak,Jaja pasti akan mengalih kasut aku. Sedar-sedar esok pagi kasut aku masih lembab. Bukan sekali dua, sudah acapkali.Bertegang urat dengan Jaja tidak menjanjikan kemenangan akan berpihak pada aku. Loceng sekolah berbunyi. Lamunan aku terhenti disitu. Masing-masing sibuk mengemas beg. Ada yang gigih mengangkat kerusi dan diletakkan di atas meja. Selesai ucap terima kasih, semua murid berlari keluar. Dalam waktu begini,di sepanjang koridor kelas kau tiada pilihan.Kau tak boleh berhenti atau melawan arus.Kau perlu jalan ke satu arah. Iaitu pagar sekolah. Tak sangka, dari sekolah rendah kami ...

AKU DAN UNCLE NEWSPAPER

Image
1990 Taman Ehsan, Kepong Pagi tu, aku kayuh basikal dalam keadaan kaki sampai dan tidak. Tong nasi lemak aku tenggekkan di atas bakul basikal di hadapan. Jenuh aku lilit menggunakan tali getah supaya teguh sedikit kedudukan tong itu. Kalau jatuh ni, mungkin aku hilang tempat berteduh malam ni.Mak aku garang orangnya. Tak bersuara pun dah menggerunkan. Jegih biji mata, aku dah ketar lutut. Sebaiknya, jangan buat dia marah. Walaupun bukan kau penyebabnya, kau pasti akan kena tempias. Peristiwa 3 bulan lalu pun, dia akan masukkan sekali dalam bebelannya... Ah, rindu nak dengar mak membebel. Jarak dari tempat mak berniaga dengan rumah agak jauh. Kalau nak dikira kilometer mungkin dalam 2km. Jenuh juga aku mengayuh dalam keadaan aku yang tak berapa nak tinggi . Sesampai di gerai Nasi Lemak mak, aku tolong setup apa yang patut. Aku gunakan kerusi plastik warna merah mak untuk memudahkan kerja. Sebab, kalau aku tak guna kerusi, orang hanya akan nampak kepala aku aje. Tinggi gerai mak, selaras...