1990 Abah Pencen
Semasa aku tahun 2, Abah menjadi pesara guru. Bermulalah, kejadian-kejadian aneh dan memalukan (dahulu) dan mencuit hati (kini). Abah aku seorang yang sangat tegas, garang, tidak gemar bersosial dan bukan jenis membebel. Persamaan dengan Mak - Garang. Tetapi Mak, garang, kuat membebel dan suka pukul dengan apa sahaja yang berhampiran. Ala-ala gangster Mak aku ni. Berbalik pada Abah. Abah tidak banyak bercakap orangnya. Kami adik beradik faham-faham sendiri. Kami tidak akan buat apa sahaja yang Abah tidak suka. Dalam kes ini, aku berkecuali. Dalam erti kata lain, aku tak makan saman. Tanda pangkah kuning di dalam gambar adalah tempat yang Abah akan tunggu aku semasa pulang dari sekolah. Hanya 2 tempat itu sahaja. Jika tiada, maka berjalan kakilah aku pulang pada hari tersebut. Aku lebih gemar jika Abah tidak menjemput aku pulang. Pertama kerana, aku dapat beli aiskrim Malaysia perisa asam boi dari rumah hujung berhadapan dengan sekolah. Rasa asam boinya sehingga ke titisan akhir pl...