10 Ogos 2021 Telefon di tangan bergetar Aku memandang skrin Nama Abg Fozi tertera. Abang ipar aku,suami Lela kakak aku di Shah Alam. Sudah agak lama kami tidak berhubung. Seingat aku kali terakhir awal tahun ini. "Hello...ya Abang Fozi.." "Mi,mak dah takde.Kita orang tengah tunggu ambulans datang ni..Abang Fozi baru call kau je ni."laju abang Fozi menutur kata. Jeda. "Mi, Abang Fozi nak tanya pasal khairat kematian Mak.Mi..Mi..." suaranya cemas dihujung talian. Aku cuba kembali ke alam nyata. Aku cuba kuat menerima hakikat. "Ami,kau dah jangka benda ni.Kau tau satu hari mak akan pergi.Kau dah beritahu diri kau.Kau kena kuat!." aku bermonolog. "Ya abg Fozi.Orang balik sekarang.Nanti orang uruskan.Abang Fozi tunggu orang ye..." suara aku bergetar menahan tangis. "Mi,aku nak settlekan cepat.Aku tak janji boleh tunggu.Aku nak pergi buat 'report' ni.Nanti apa-apa Abang Fozi call kau balik ok?." talian di matikan. Aku berj...