Posts

1990 Abah Pencen

Image
Semasa aku tahun 2, Abah menjadi pesara guru. Bermulalah, kejadian-kejadian aneh dan memalukan (dahulu) dan mencuit hati (kini). Abah aku seorang yang sangat tegas, garang, tidak gemar bersosial dan bukan jenis membebel. Persamaan dengan Mak - Garang. Tetapi Mak, garang, kuat membebel dan suka pukul dengan apa sahaja yang berhampiran. Ala-ala gangster Mak aku ni. Berbalik pada Abah. Abah tidak banyak bercakap orangnya. Kami adik beradik faham-faham sendiri. Kami tidak akan buat apa sahaja yang Abah tidak suka. Dalam kes ini, aku berkecuali. Dalam erti kata lain, aku tak makan saman.  Tanda pangkah kuning di dalam gambar adalah tempat yang Abah akan tunggu aku semasa pulang dari sekolah. Hanya 2 tempat itu sahaja. Jika tiada, maka berjalan kakilah aku pulang pada hari tersebut. Aku lebih gemar jika Abah tidak menjemput aku pulang. Pertama kerana, aku dapat beli aiskrim Malaysia perisa asam boi dari rumah hujung berhadapan dengan sekolah. Rasa asam boinya sehingga ke titisan akhir pl...

Selamat Tinggal Semua

Image
Semalam sebelum tidur aku teringatkan Mak. Hampir 2 jam aku ambil masa untuk lelapkan mata. Kesudahannya, aku google ga mbar rumah lama kami di Taman Ehsan. Ya Allah, rindu datang menerpa tatkala aku melihat rumah ini semula. Walaupun keadaannya jauh berbeza, namun ianya masih mampu membuatkan aku mengimbau kembali nostalgia 30 tahun dahulu. Terlalu banyak kenangan yang dicipta bersama Mak dan Abah dirumah ini. Rumah terakhir Abah sebelum dia di jemput pulang ke sisi Allah SWT. Rumah ini kami sewa dari seorang penyewa berbangsa india.Uncle Raja namanya. Orangnya baik, tutur katanya lembut. Setiap bulan apabila tiba masa untuk Mak membayar sewa rumah, aku pasti berdiri di belakang Mak. Aku ingin cakna apa jua yang berlaku. Dalam erti kata lain 'busybody'. Pada awal tahun 1997, sewa rumah ini RM800 sebulan. Aku terdengar, keluhan Mak pada Abah tentang kenaikan sewa itu. Walhal, Uncle Raja selama ini sangat bertimbang rasa. Masakan dia sanggup menaikkan kadar sewa yang sanga...
Image
  10 Ogos 2021 Telefon di tangan bergetar Aku memandang skrin Nama Abg Fozi tertera. Abang ipar aku,suami Lela kakak aku di Shah Alam. Sudah agak lama kami tidak berhubung. Seingat aku kali terakhir awal tahun ini. "Hello...ya Abang Fozi.." "Mi,mak dah takde.Kita orang tengah tunggu ambulans datang ni..Abang Fozi baru call kau je ni."laju abang Fozi menutur kata. Jeda. "Mi, Abang Fozi nak tanya pasal khairat kematian Mak.Mi..Mi..." suaranya cemas dihujung talian. Aku cuba kembali ke alam nyata. Aku cuba kuat menerima hakikat. "Ami,kau dah jangka benda ni.Kau tau satu hari mak akan pergi.Kau dah beritahu diri kau.Kau kena kuat!." aku bermonolog. "Ya abg Fozi.Orang balik sekarang.Nanti orang uruskan.Abang Fozi tunggu orang ye..." suara aku bergetar menahan tangis. "Mi,aku nak settlekan cepat.Aku tak janji boleh tunggu.Aku nak pergi buat 'report' ni.Nanti apa-apa Abang Fozi call kau balik ok?." talian di matikan. Aku berj...
Image
  11 Ogos 2021 Jenazah mak tidak dapat kami semadikan semalam. Kami akur. Jumlah kes kematian dirumah mencecah 13 orang di kawasan Padang Jawa sahaja. Jenazah mak yang ke-14 pada hari itu. Semua harus mengikut prosedur pemeriksaan Covid. Itu yang menjadikan urusan pengebumian terpaksa dianjak ke hari ini. Mujur seisi rumah semua negatif. Jenazah mak tidak perlu 'post-mortem' kerana Mak sudah lebih setahun 'bedridden'. Pegawai polis yang bertugas berpuas hati dengan SOP kami. Selain dari sanitasi diri sebelum masuk kerumah,kami perlu menjalani test Covid-19. Seawal selepas subuh, Abang Fozi maklumkan pada kami adik beradik tentang SOP di masjid dan kubur. "Orang masjid nak 5 orang sahaja waris mandikan jenazah Mak."Abg Fozi memulakan bicara pagi itu. Aku memandang semua yang ada disitu dan terus mengalih pandangan pada Abang Fozi. "Ah,aku yang bongsu.Pasti aku tidak dapat peluang ini."bisik hati kecil aku. "Ami,Lela,Yaya you all mandikan jenazah ...
Image
  Jan 2006 "Eh Mi,ni dah bulan 1..apa lagi yang tak siap?Aku tengok kau relax je,macam tak nak kahwin."soal mak sambil matanya tekun melihat aku melipat baju yang baru diangkat dari ampaian. "Eh mak ni,apa yang tak nak kahwin pula?Nak.....tengah buat apa yang patutlah ni.Sikit je lagi.Nak siapkan goodies je.Hantaran pun dah nak siap."jawab aku tanpa memandang mak.Laju tangan memasukkan baju-baju yang siap dilipat ke dalam beg untuk pulang ke Shah Alam petang itu. "Lauk kenduri,kad jemputan,bilik pengantin semua tu macam mana?Cukup tak duit kau simpan?"soal mak.Terpancar jelas kerisauan di wajah mak. "Dah mak.Orang tempah katering je.Kad pun dah siap.Nanti orang bagi sikit kat Mak ye.Errr..bilik pengantin takde.Kita buat majlis kat dewan je.Jimat dan ringkas.Duit tak simpan pun mak.Pakai je duit hantaran tu."jawab aku tersengih menampakkan barisan gigi atas dan bawah. "Habis,aku nak buat apa ni? Ada tak kau nak aku tolong?".soal mak bers...